Wednesday, June 30, 2010

Mengapa doktor bedah memakai baju HIJAU?

Dalam bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk. Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau menjadi popular,hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebebkan sinyal warna merah di otak memudar sensitiviti terhadap variasi warna merah. Alasan lainnya adalah, teru-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan menggangu penglihatan doktor. Jika warna baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan menggangu penglihatan doktor. Itu lah sebabnya....

Tari Robik








Tuesday, June 22, 2010

Erti MaRuAh

Jagalah maruah anda.Sekali tercalar,ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam hidup anda.Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.

M: Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang akan menutup muka apabila malu.

A: Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.

R: Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai dipijak orang.

U: Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar maka burukah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan kata-kata. Mereka yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak mengotakannya,jatuh dalam golongan orang yang tidak bermaruah kerana tidak membuat orang percaya kepada kata-katanya sendiri. Maka jangan sesekali mungkir janji dan mengeluarkan kata-kata tanpa usul periksa.

A: Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita.Oleh itu,amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.

H: Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.

MeMaafkan...

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain,itu petanda kau sendiri tidak bahagia.Pujuk dirimu bahagia apabila melihat "musuh-musuhmu" bahagia. Wahai diri,ingatlah......segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.

Jika datang orang "menghadiahkan" air mata.......Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi "sebab",lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi"musabbabil asbab".Jika kau disakiti dia.Dia sedang mengajarmu erti redha.

Firman Allah yang bermaksud:
"Tolaklah kejahatan dengan sbuah kebaikan.Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"-surah Fussilat:34

Kini,hatiku tetanya-tanya lagi...siapa aku,yang begitu sukar memaafkan?Tuan?Tuhan?Aku hanya hamba..sedangkan Dia Sang Pecipta itu Maha Pengampun,siapa aku yang kerdil untuk berdendam?Ya Allah...................

Saturday, June 19, 2010

Patient yang sihat

???

Sampai ari ni ak xth tentukan pilihan ak sendiri..ak keliru dengan ape yang jadi pd diri ak. Ak benci n takut, huhuhu :( Dah lh ak selalu wak keputusan yg terburu2...ak pn xtau diri ak ni dh matang ke blum...ummmmmmmm..(skit2 kot matang,lau pn umor dh tuo,hehehe).Ari ak pk benda yg ak sendiri xth jawapannya..Ape yg mampu ak buat hanyalah BERDOA..

Friday, June 18, 2010

Biggest LoSeR....

Ari neh g jumpa shima untuk timbang berat badan bagi program biggest loser...Kelakar sungguh masuk program BIGGEST LOSER tapi body underweight.....
hahaha!!! xmasuk dik akal betul..orang lain semua ada target berapa kg nak turunkan berat badan, tapi aku kena naikkan berat badannnnnnn...lucu betoi..Tujuan aku masuk biggest loser ni bukan nk kurus tapi untuk menjaga kesihatan. Kesihatan amat penting untuk semua,lau sihat semua urusan berjalan dengan lancar..so amalkan gaya hidup sihat.

Wednesday, June 16, 2010

Lembut???

"Jangan kita kata wanita lembut maka tidak mungkin mereka melakukan rasuah kerana definisi rasuah itu sendiri agak luas maksudnya, tidak hanya dari segi material sahaja mungkin rasuah dari segi pertolongan lain dan pelbagai lagi"