Tuesday, June 22, 2010

Erti MaRuAh

Jagalah maruah anda.Sekali tercalar,ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam hidup anda.Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.

M: Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang akan menutup muka apabila malu.

A: Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.

R: Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai dipijak orang.

U: Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar maka burukah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan kata-kata. Mereka yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak mengotakannya,jatuh dalam golongan orang yang tidak bermaruah kerana tidak membuat orang percaya kepada kata-katanya sendiri. Maka jangan sesekali mungkir janji dan mengeluarkan kata-kata tanpa usul periksa.

A: Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita.Oleh itu,amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.

H: Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.

No comments:

Post a Comment