Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang boleh menyelami
berapa dalamnya dan apa yang terbuku pada hati seseorang? Bila kita
melihat seseorang tersenyum adakah dia benar-benar bahagia? apabila
seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah itu
tafsiran yang boleh kita andaikan?? Hati, tidak ada seorang pun yang
mampu meneka dengan pasti ,bahkan kita sendiri, kadang-kadang tidak
boleh memahami apa yang ada di dalam hati....
Dalam hatinya tiada siapa yang tahu? senyumannya masih ada, tawanya
kadang-kadang masih terlihat dan gurau senda itu juga masih dia berikan
kepada setiap orang yang dekat denganya, tidak ada sesiapapun yang tahu
bahawa di sebalik apa yang kita lihat dari raut wajah &
tingkahlakunya yang sebenarnya dia sedang terluka, kemungkinan pada
saat itu dia ingin menangis ,Namun tiada sesiapapun yang tahu tentang
itu. Hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahu bagaimana keadaan
diri dan hatinya pada waktu itu, hanya Allah tempat dia mengembalikan
semua rasa di dalam hatinya, hanya Allah pengubat sakit & lara
hatinya itu..
"Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah "
rangkaian
kalimat ini yang membasahi bibirnya, menggetarkan hati yang ingin
kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak matanya dengan
pengharapan setelah ini semuanya akan menjadi lebih baik. Seperti
halnya sabda Rasulullah
“Perbanyakkanlah membaca La Haula
Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat
bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya....
p/s: Duhai hati... T_T"
No comments:
Post a Comment