Ði Malaysia, serai bagaikan kemestian untuk menjadi sebahagian ramuan utama dalam kebanyakan masakan terutama sajian lauk berkuah. Serai adalah daripada jenis rempah bumbu berbentuk batang yang memberi rasa harum dan segar pada masakan. Yang menimbulkan aroma harum sebenarnya ialah bahagian batangnya yang berwarna putih, selalunya sepanjang 10sm atau lebih digunakan. Selepas dibersih, batang serai ditiriskan dan kemudian ditumbuk atau diketuk sebelum dimasukkan ke dalam masakan.
Banyak bahan dalam serai yang membuatkan herba ini bukan sahaja sesuai digunakan sebagai ramuan makanan, malah berguna untuk tujuan perubatan tradisional. Ekstrak minyak daripada serai mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri. Menurut kajian, pokok serai mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
TIPS : Melebatkan rambutRambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman wanita. Anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk membuat rawatan rambut di pusat-pusat kecantikan. Ada petua tradisional yang mudah dan murah untuk anda cuba. Ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Saya sarankan anda gunakan anak lesung batu untuk menghancurkan batang serai. Rebus batang serai yang dihancurkan dengan air hingga mendidih. Apabila air rebusan telah sejuk atau suam-suam kuku, bolehlah disapu ke seluruh rambut. Sapu hingga rata, pastikan air rebusan serai meresap ke kulit kepala. Perap rambut selama lebih kurang dua jam, kemudian bolehlah dibilas dengan air biasa. Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
TIPS : Kurangkan NyamukSedikit masa dahulu, bro Manntrex dari SIM berkongsi tips untuk mengurangkan nyamuk yang menggunakan serai sebagai bahan utama. Terima kasih kepada bro Manntrex kerana sudi berkongsi ilmu.
Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat serai, tidak kiralah sama ada digunakan secara mentah mahupun direbus dan diekstrak minyaknya. Namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
p/s: ari ni mak yam bagi 3batang serai...dia suh aku masak.hehehe insyallah mak yam nt ade mood aku masak..hihihihihi
No comments:
Post a Comment