Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.Kedatangan bulan Ramadhan tahun ini membuatkan hati aku terasa sayu sangat-sangat. Secara luaran aku mampu terseyum dan ketawa tetapi hati aku tetap tidak boleh tipu diri aku yang aku terlalu merindui orang tuaku. Hampir setiap hari hati aku akan cepat merasa sebak...sensitif dan kadang -kadang aku gagal mengawal air mata aku gugur.. Tak kira la masa berjalan ke..masa buat kerja ke..hanya ALLAH saja yang maha mengetahui perasaan aku tika ini. Alangkah bahagianya...kalau mereka masih ada, hanya berbekalkan kenangan bersama sahaja untuk diri aku simpan....
Aku hanya mampu mengirimkan doa untuk mereka..berdoa dan terus berdoa...ku mengharap Ramadhan kali ini bermakna bagi aku dan insyallah aku akan memperbaiki diri aku untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya....amin
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian :
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
p/s: Sama-sama kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.
No comments:
Post a Comment