Penghinaan manusia kepada manusia yang lain adalah lumrah perjalanan dunia sejak dahulu hingga sekarang. Lidah yang tidak bertulang kadang - kadang lebih tajam daripada pedang apabila ia tidak dilembutkan dengan iman dan takwa kepada Allah s.w.t.
Janganlah terlalu bersedih sehingga memudaratkan diri. Namun sebaliknya, hendaklah pasrah dan reda, serta berusaha bersungguh - sungguh meningkatkan kemajuan diri dalam pelbagai aspek, agar tidak dipandang rendah lagi pada masa akan datang. Jika diteliti, sehinggakan Allah dan Rasul-Nya juga pernah dikutuk dan dihina oleh manusia, inikan pula kita manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesalahan.
Bina kekuatan motivasi dengan keyakinan bahawa walau sesiapa pun yang membenci dan menghina, namun kita masih ada Tuhan yang sentiasa sayang kepada kita. Cukuplah Allah s.w.t. sebagai tempat pengharapan kepada kita, yang Maha Menyayangi, Maha Mengasihi dan Maha Merahmati.
Jika ada orang mengkeji, mengadulah kepada Allah. Jika ada yang membenci, harapkanlah kasih sayang Allah. Jika ada yang menjauh, maka yakinlah bahawa Allah s.w.t. sentiasa mendekati dan merahmati kita.
" Sesungguhnya, Allah memiliki 100 rahmat. Diturunkan satu rahmat daripadanya (dan diberikan) kepada jin, manusia, binatang ternakan dan binatang yang berbisa. Maka dengannya mereka saling beebelas kasihan dan saling merahmati. Dengannya juga binatang buas mengasihi anaknya. Allah s.w.t. mengakhirkan (menangguhkan) 99 rahmat (yang berbaki) untuk Dia merahmati hamba-Nya dengan rahmat itu pada hari kiamat."
Subhanallah, tiada siapa yang dapat menandingi Allah kepada hamba-Nya. Allah memberikan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa sahaja tanpa meminta sedikit pun balasan dan kepentingan. Berbeza dengan makhluk yang memberikan kasih dan sayang kerana ingin memdapat pulangan kasih yang diharapkan. Manusia memberikan kasih kepada manusia lain agar turut dikasihi. Begitu juga kasih kepada haiwan. Ini kerana Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi."
" Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tingal di langit."
" Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tingal di langit."
Itulah kasih sayang makhluk yang mempunyai sempadan, had dan harapan di sebaliknya.
Rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. amat luas. Tiada sesiapa yang mampu memberikan kasih sayang seumpama Allah kepada makhluknya. Kasih sayang Allah yang begitu luas dapat kita lihat dengan berterusannya nikmat dan kurnian Allah kepada hamba-Nya walaupun mereka melakukan sebesar - besar dosa maksiat.
Orang yang kafir dan ingkar di dunia, mereka tetap hidup senang - lenang dengan kemewahan dunia yang sementara. itu juga adalah rahmat Allah.
Orang Islam pula, turut mendapat kesenangan di dunia walaupun bergelumang dengan maksiat. Itu juga dengan sebab kasih sayang Allah s.w.t.
p/s: Subhanallah...sejauh manakah kasih sayang kita kepada Allah.. renungan bersama - _ -'
No comments:
Post a Comment