Hari ni aku ada baca Majalah SOLUSI tentang qadar, jadi nak share lakan benda baik ni. Rasanyer tak rugi share ilmu serba sedikit yang aku dapat hari ni. SHARE + CARING = ^___________^ V. Aku tertarik dengan salah satu tajuk yang terdapat dalam Majalah SOLUSI." Qadar Allah yang boleh diubah"
Ada disebut bahawa qadar tidak boleh ditolak melainkan dengan doa. Jika qadar menetapkan kita akan terlibat dengan kemalangan, bolehkah kita berusaha untuk mengelakkan kemalangan itu daripada berlaku? Tiada manusia tahu bila dia akan sakit, apa penyakitnya, tentang kemalangan, kecurian, jodoh dan sebagainya.
Qadar Mubram ialah qadar Allah yang terdapat di Lohmahfuz. Qadar ini tidak akan berubah dan tidak diketahui oleh sesiapa pun.
Qadar mu'allaq iaitu qadar yang tergantung. Qadar ini tergantung pada faktor dan sebab. Ia disebut sebagai qadar yang ada dalam kitab - kitab di sisi para malaikat.
Tentukan Hala Tuju Diri.
Apabila kita memahami qadar dengan aspek begini, kita sebenarnya mempunyai kebebasan untuk menentukan hala tuju diri kita. Qadak dan qadar bukan asas untuk kita menjadi seorang yang pemalas. Jika Allah menentukan kita miskin, maka kita tetap akan miskin walaupun kita rajin berusaha.
Persoalannya, bagaimana kita tahu bahawa Allah menetapkan bahawa kita miskin? Mungkin Allah telah menetapkan kita sebenarnya kaya, cuma kekayaan itu diikat dengan satu syarat iaitu kita mesti rajin berusaha. Alangkah ruginya jika berhujah dengan alasan qadar Allah dan malas untuk berusaha.
Begitu juga persoalan kebahagian. Kita tidak tahu hakikat sebenar yang ditentukan oleh Allah. Namun, orang yang berusaha untuk mencari kebahagian akan menemui kebahagian tersebut. Inilah ketetapan Allah yang umum dan pasti. Ada diriwayatkan dalam satu hadis bahawa sesiapa yang berusaha maka dia akan mendapatnya. Kaedah dalam hadis ini adalah kaedah umum yang mengikat kejayaan dengan usaha. Ini juga daripada qadar Allah. Oleh sebab itu, kejayaan yang sebenar diikat dengan jauhnya daripada azab api neraka.
p/s: Jangan selalu salahkan takdir ke nasib ke kalau tiada usaha untuk mengubahnya...
No comments:
Post a Comment