Tip Mengatasi
Tekanan Perasaan
Kita adalah sebaik-baik makhluk
ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan
ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi
runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu
yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga
anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita
kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada
Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk
mendapat keredhaan Allah.
|
Terdapat beberapa tip yang boleh
diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
Jiwa kita akan menjadi tenang jika
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang
susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya,
disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji
pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
Ganjaran yang besar akan diberikan
Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang
sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu,
jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Sebagai makhluk paling mulia di
sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.
Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat
taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat
dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat
sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Allah telah berpesan iaitu jangan
menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada
Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab
berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh,
malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan
memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita
perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya
tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya
mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Kita sebagai manusia biasanya
tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya
itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai
hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah
menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti
percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Orang ramai selalu berkata bahawa
badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu
bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang
dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih
menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah.
Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Pengambilan makanan yang
berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan
sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan
diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan
kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung,
darah tinggi, kencing manis.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan
individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan
rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan
perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain
hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu
tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu.
Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan
tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah,
menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang
dihadapi di tempat kerja.
Kita perlu mempunyai satu sikap
yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita
tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh
oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja
yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang
penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan
hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri kamu sendiri
sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong
hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri
terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada
tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan
di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan
senyuman
|
:))) |
p/s: Tekanan
kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih
dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang
kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
|
No comments:
Post a Comment