Pejamkan mata, relaz dan tarik nafas perlahan-lahan.Fokus & biarkan suasana sepi dan damai itu menyelinap ke dalam jiwa anda...Dgn penuh ketenangan lafazlah بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم dan baca lah blog CiK mOkD@ ^__^V
Monday, July 16, 2012
Wednesday, June 27, 2012
Duduk terlalu lama punca sakit belakang
Sakit belakang terutama pada bahagian bawah badan biasanya dihadapi oleh golongan berusia 45 tahun dan ke atas tapi tidak dinafikan keadaan ini jugak berlaku pada golongan muda sekarang. Hal ini disebabkan oleh tulang spina yang semakin menebal dan juga ligamen. Selain itu tanda sakit belakang juga ialah apabila berasa kebas pada kaki.
Sakit belakang boleh disebabkan oleh kegiatan harian seperti duduk terlalu lama terutama bagi mereka yang bekerja menghadap komputer. Kita dinasihatkan berdiri beberapa minit selepas duduk selama sejam. Lakukan juga senaman regangan ringkas untuk mengelak masalah sakit belakang. Kita digalakkan tidur diatas tilam mampat supaya tubuh dapat disokong dengan baik.
Penyebab masalah sakit belakang:
Apa efek kalau kita duduk lama-lama ni sampai boleh jadi bahaya sangat?
Sakit belakang boleh disebabkan oleh kegiatan harian seperti duduk terlalu lama terutama bagi mereka yang bekerja menghadap komputer. Kita dinasihatkan berdiri beberapa minit selepas duduk selama sejam. Lakukan juga senaman regangan ringkas untuk mengelak masalah sakit belakang. Kita digalakkan tidur diatas tilam mampat supaya tubuh dapat disokong dengan baik.
Penyebab masalah sakit belakang:
- Mengangkat barang berat tidak sesuai dengan berat badan
- Duduk atau berdiri terlalu lama pada satu tempat
- Tidur di atas tempat keras atau alas yang terlalu nipis
- Tidak suka bersenam
- Tidak membuat senaman regangan sebelum melakukan aktiviti senaman
Tapi kekadang tu, bukan kita sedar pun macam mana cara kita duduk kan?Janji selesa......! Erm...cara senang nak bagi selesa just letak bantal yang comel untuk back up belakang pinggang kitakan?
Ketika duduk, kepala dan punggung mestilah berada dalam garisan yang lurus. Ini adalah supaya berat badan anda disokong sepenuhnya oleh punggung. Ini dapat menghindari dari menghadapi sakit belakang.
Apa efek kalau kita duduk lama-lama ni sampai boleh jadi bahaya sangat?
- Otot kaki tidak lagi berfungsi ketika kita duduk. Kalau tengok orang yang gunakan kerusi roda, otot mereka semua kecut/kaki jadi kecil sebab otot tak digunakan untuk berjalan (akibat kecacatan/kurang upaya mereka). Sama konsep, semakin kurang kita gunakan otot kaki (semakin banyak duduk) semakin lemah kaki kita.
- Bila duduk lama-lama, pembakaran kalori jatuh sehingga 1 kalori seminit. Macam mana nak buang ‘spare tire’ kalau macam tu? Banyak kalori tersimpan = banyak lemak terkumpul.
- Enzim untuk membantu pembakaran lemak jatuh sehingga 90%. Bila kekurangan enzim ni, pembakaran lemak tidak berlaku pada kadar yang efisyen.
- Keberkesanan hormon insulin jatuh sebanyak 24% selepas kita duduk 2 jam dan ini akan meningkatkan risiko kencing manis (diabetes)
Sunday, June 24, 2012
Tip Stress @_@!!!
Tip Mengatasi
Tekanan Perasaan
Kita adalah sebaik-baik makhluk
ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan
ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi
runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu
yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga
anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita
kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada
Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk
mendapat keredhaan Allah.
|
|
Terdapat beberapa tip yang boleh
diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
Jiwa kita akan menjadi tenang jika
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang
susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya,
disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji
pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
Ganjaran yang besar akan diberikan
Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang
sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu,
jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Sebagai makhluk paling mulia di
sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.
Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat
taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat
dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat
sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Allah telah berpesan iaitu jangan
menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada
Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab
berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh,
malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan
memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita
perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya
tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya
mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Kita sebagai manusia biasanya
tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya
itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai
hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah
menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti
percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Orang ramai selalu berkata bahawa
badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu
bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang
dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih
menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah.
Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Pengambilan makanan yang
berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan
sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan
diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan
kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung,
darah tinggi, kencing manis.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan
individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan
rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan
perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain
hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu
tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu.
Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan
tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah,
menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang
dihadapi di tempat kerja.
Kita perlu mempunyai satu sikap
yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita
tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh
oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja
yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang
penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan
hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri kamu sendiri
sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong
hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri
terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada
tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan
di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan
senyuman
|
| :))) |
|
p/s: Tekanan
kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih
dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang
kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
|
Ala kadar jer
Hari ni pukul 10 pagi aku dah siap masak...bukan ape semalam satu ari tak makan nasi. hehe pagi semalam aku makan bihun goreng jer pastu petang balik umah aku makan puding roti yang buat petang semalam. So..pagi - pagi lagi perut dah rasa lapor la pulak. Kedai makan kat area umah aku memang banyak tapi aku tak berape gemor sangat makan kedai. Tu pon lau aku teringin sangat nak makan baru aku makan kat kedai, tak pon ade makan - makan ngan member ke baru aku lepak -lepak kat kedai. Lau tak jangan harap ler, aku rela makan kat umah jer walaupon makan nasi ngan telur goreng mata kerbau...Menu aku tuk ari ne asam pedas ngan telur dadar jer, dah kira cukup bagi aku.
ngan periuk -periuk aku tayang..^_^
Asam pedas ( ikan yang mak yam bagi kat aku) :)
telur dadar aku tak jadi bulat, sebab lum apa - apa aku dah cubit cikit..hihihi
Ikan dalam asam pedas tu aku campur ikan parang dan ikan bembung sebab adik aku tak makan ikan parang. Lau di ikutkan aku pon tak makan tapi mak yam suh try aku pon try la. Tak nak hampakan hati orang tua..Tapi nasib baik tekak aku boleh terima rasa ikan parang ni, bagi aku ok la rasa dia.. isi ikan puteh tapi tulang dia memang banyak ar..dah la tulang ikan parang bercabang cabang yang dalam isi ikan.
p/s: ingat dahan pokok jer bercabang, tulang ikan pon bercabang gak.. @_@"
Saturday, June 23, 2012
Puding Roti Bakar
Hari ni teringin sangat nak makan puding roti. Bahan - bahan pun senang jer, ambik ape yang ada dalam peti ais tapi antara jadi ngan tak tu jer lah...takde sape yang nak tolong buatkan. Jadi aku mulakan operasi menyepahkan dapur.hahahahaha ketawa jahat :P.... Kiranya ni kali yang kedua la cobaan aku untuk membuat puding roti. First buat puding roti tak jadi..lembik tp masih boleh makan. Tak kan nak buang dop..nanti membazir tak pasal - pasal dah jadi kawan syaitan. Rasanyer bulan puasa tahun lepas dan tuk kali ni aku nak try buat sekali lagi disebabkan permintaan anak tekak aku.hehe...petang tadi aku mulakan operasi.
Mulakan operasi:
Bahan:
5 keping roti
2 cawan susu segar
1 cawan susu pekat* / gula pasir (manis kontrol sendiri)
3 biji telur*
1 sudu teh esen vanila*
1 kotak kecil kismis (nak letak banyak pun takpe..ikut citarasa masing - masing)
~ Campur semua bahan -bahan yang * kacau sebati. Aku blend jer lagi senang.
Bila dah sejuk, potong - potong masuk dalam peti ais. Lagi sedap lau makan ngan sos kastad. Tapi malas nak buat, aku makan ngan susu creamer jer.hehehe ^_^'V
Cobaan kali ni lebih baik dari sebelumnyer, tapi kena try lagi...n lagi..n lagi..sehingga jadi.
Aku potong main ikut suka jer..ape aku kesah nak masuk mulot aku jugakkan kan..
P/s: Sebenarnye aku takde la ikut sebiji cam resepi kat atas. Aku main ikut suke kepala aku jer.hahaha...tu yang aku buat sampai 2 loyang. Buat banyak - banyak tuk menyihatkan badan masa hujung minggu bersama kit kat.
Mulakan operasi:
Bahan:
5 keping roti
2 cawan susu segar
1 cawan susu pekat* / gula pasir (manis kontrol sendiri)
3 biji telur*
1 sudu teh esen vanila*
1 kotak kecil kismis (nak letak banyak pun takpe..ikut citarasa masing - masing)
~ Campur semua bahan -bahan yang * kacau sebati. Aku blend jer lagi senang.
- Sapu tepi-tepi loyang dengan majerin
- Potong dan susun roti mengikut citarasa masing - masing. Aku separuh aku potong separuh lagi aku koyak -koyak cam nak lepas geram gitu.
- Tabur kismis diatas susunan roti.
- Tuangkan campuran susu, telur dan esen vanila tadi ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.
- Biarkan selama 20 -30 min tuk campuran tadi meresap ke dalam roti.
- Bakar pada suhu 170'c, selama 30 min.
- Setelah siap, sejukkan dan sedia tuk dimakan, tak kan nak pandang jer dop dari tadi lagi terbayang - bayang kesedapanya.
Bila dah sejuk, potong - potong masuk dalam peti ais. Lagi sedap lau makan ngan sos kastad. Tapi malas nak buat, aku makan ngan susu creamer jer.hehehe ^_^'V
Cobaan kali ni lebih baik dari sebelumnyer, tapi kena try lagi...n lagi..n lagi..sehingga jadi.
Aku potong main ikut suka jer..ape aku kesah nak masuk mulot aku jugakkan kan..
P/s: Sebenarnye aku takde la ikut sebiji cam resepi kat atas. Aku main ikut suke kepala aku jer.hahaha...tu yang aku buat sampai 2 loyang. Buat banyak - banyak tuk menyihatkan badan masa hujung minggu bersama kit kat.
Si bAwAnG PuTeH...
puteh..o..puteh =_='
Tiba - tiba jer bawang dalam laci..2 labu pulak tu. hehe..sebenarnya Mak yam yang bagi pagi tadi. Dia cakap bawang putih kat umah dia banyak sangat, lau simpan lama - lama nanti layu dah tak sedap..katanya lah. Rezeki lagi..alhamdulillah.
Allium sativum atau lebih dikenali sebagai bawang putih digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih ini juga kita jumpai dalam bentuk irisan tipis-tipis yang sudah di goreng, di gunakan untuk campuran dalam makanan,seperti ,soto,bakso, kacang goreng, nasi kuning dan masih banyak lagi. Kalau di Kelantan bawang putih jeruk memang terkenal dengan kesedapannya. Biasa dimakan bersama nasi kerabu memang terangkat ler.hahaha....
Bawang putih mempunyai khasiat yang banyak dan luar biasa. Bawang putih telah beberapa abad di pakai orang sebagai obat demam, batuk, bronkitis, dan kerongkongan.
Ada dua kehebatan bawang putih yang sangat menonjol :
Pertama, bawang putih mampu membuka saluran darah yang tersumbat. Berarti bawang putih sanggup menurunkan tekanan darah tinggi yang di sebab kan penyumbatan saluran darah.Begitu juga dengan penyakit lain dengan penyebab yang sama pada tingkat tertentu.
Kedua, bawang putih mengandung antibiotik yang kuat. Antibiotik adalah suatu zat yang dapat membunuh kuman dan bakteri. Setidak-tidaknya membuat kuman dan bakteri menjadi sangat lemah sehingga tidak berbahaya lagi bagi tubuh. Oleh karena itu, bawang putih baik sekali untuk mencegah dan menyembuhkan berbagai macam infeksi, baik bagian luar maupun dalam tubuh manusia.
Di Antara khasiat dan manafaat bawang putih ialah
- dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada
salur darah .
- menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana
kandungan mineralnya mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman
tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di
bahagian yang berjerawat.
- Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel
kanker.
- Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat
dikurangi.
- Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu
tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
- Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene
menolong mencegah penggumpalan darah.
- Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan
depresi.
- Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin
A.
- Bawang putih mengandung vitamin B
KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN BAWANG PUTIH;
Akibat pengambilan bawang putih terlalu banyak membuat nafas kita
berbau,
Dalam pengambilan bawang putih sebaiknya tidak dimakan mentah,
kerana dapat mengganggu lambung.
Tetapi bawang putih tidak boleh digunakan dalam bentuk apapun
sewaktu
terdapat serangan penyakit di bagian perut dan usus besar:
Disarankan agar bawang putih terlebih dahulu direbus, digoreng,
atau dipanggang sebelum dimakan.
Untuk menghilangkan bau mulut dari memakan bawang putih
terlalu
banyak, di cadangkan melakukan Cara –Cara berikut ini:
1. Meminum air teh pekat atau kopi setelah memakan bawang putih
2. Mengunyah kulit limau
3. Mengimbangi dengan makanan dari protein, hati, dan telor
4. Menggunakan bawang putih dengan cara direbus terlebih dahulu atau dijadikan acar
1. Meminum air teh pekat atau kopi setelah memakan bawang putih
2. Mengunyah kulit limau
3. Mengimbangi dengan makanan dari protein, hati, dan telor
4. Menggunakan bawang putih dengan cara direbus terlebih dahulu atau dijadikan acar
Adalah penting untuk menekankan bahawa terlalu banyak
perkara
yang baik boleh membawa kepada perkara-perkara yang kurang baik. Sama
juga dengan bawang putih sebanyak mana faedah Bawang putih kepada orang ramai
p/s: Aku selalu guna bawang puteh masa
nak masak megi jer..hehehehe
Thursday, June 21, 2012
^_^ + =_= ----> Nasi goreng
Hari ni tak tahu nak berbuka ngan apa...tapi pagi tadi mak yam ada bagi 2 keping ikan parang. Dia cakap masak asam pedas sedap, ikan pon segar lagi. Tapi aku tak pernah makan pon ikan parang, baru ari ni aku tahu yang ikan parang banyak tulang..huhuhuhu nasib ler. Jadi orang dah bagi aku ambik la, rezeki tak baik tolak..orang memberi ,kita merasa, orang berbudi...kita berbahasa. hehehehe. Mak yam kalau pergi pasar memang dia selalu gak bagi kat aku tuk masak. Aku pon bukan pandai sangat masak tapi lau tuk diri sendiri tu boleh la, dari mati kebulur.hahahaha..... So, pagi tadi pergi pasar beli bahan nak masak asam pedas..tup...tup...balik umah rasa tak larat sangat, badan lemah -lemah jer nak kata rasa cam nak demam tak jugak..entah la labu...Ikan parang tu aku masak esok jer la erk..jangan marah yea..mak yam, aku penat ari ni..Disebabkan tak larat aku masak nasi goreng jer tuk berbuka ngan tom yam yang semalam punyer. Aku tak suka bazir - bazir makanan lau boleh makan lagi..takdelah cerewet sangat kan..Blogger: ---- cIk MoKd@ ---- - Create post
Nasi goreng aku main campak - campak jer janji ade rupa nasi goreng jangan jadi harimau dah ler nanti bukan aku makan nasi goreng...harimau yang makan aku dulu..hehehehe. So...ni la rezeki berbuka aku tuk ari ini.
=_=" nasi goreng
Kentang wedges T_T
Gara gara nak makan tom yam cam kedai Johan jadi aku buat la..dan hasilnyer boleh la :P
nampak cam kari tapi rasa cam tom yam..hahahaha sebab aku tarok susu cair, tom yam thai memang cam 2.
done ^_^"V
p/s: kekenyangan....syukur alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



