Sunday, August 5, 2012

KeRiNdUaN T_T "

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

Kedatangan bulan Ramadhan tahun ini membuatkan hati aku terasa sayu sangat-sangat. Secara luaran aku mampu terseyum dan ketawa tetapi hati aku tetap tidak boleh tipu diri aku yang aku terlalu merindui orang tuaku. Hampir setiap hari hati aku akan cepat merasa sebak...sensitif dan kadang -kadang aku gagal mengawal air mata aku gugur.. Tak kira la masa berjalan ke..masa buat kerja ke..hanya ALLAH saja yang maha mengetahui perasaan aku tika ini. Alangkah bahagianya...kalau mereka masih ada, hanya berbekalkan kenangan bersama sahaja untuk diri aku simpan....

Aku hanya mampu mengirimkan doa untuk mereka..berdoa dan terus berdoa...ku mengharap Ramadhan kali ini bermakna bagi aku dan insyallah aku akan memperbaiki diri aku untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya....amin

 
Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian :

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

p/s: Sama-sama kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.

~ Salah Satu Rahsia ALLAH ~

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir ALLAH menentukan yang kita akan bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yang sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥ 

Siapapun jodoh kita, kita tak boleh hanya duduk menunggu & berserah sebab kita di tuntut berusaha, berdoa & Tawakal. Jodoh memang rahsia Allah.. tapi rahsia yang akan ada jawapannya juga cuma perlu sabar. Lambat atau cepat Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


p/s: Ya Allah...jika dugaan ini baik untuk diri aku,engkau tabahkan lah hati aku untuk mengharungi segala  dugaan yang telah engkau berikan kepadaku ya ALLAH.

Kerana Sebatang Pen....


Sejak muda Imam Abdullah bin al-Murabak sangat rajin menuntut ilmu. Beliau sering kali berpindah ke pelbagai negeri untuk berjumpa para ulama dan menulis hadis-hadis mereka.

Suatu ketika, dalam sebuah majlis ilmu di Syam, pen yang beliau gunakan untuk menulis telah rosak. Lalu, beliau meminjam sebatang pen daripada seorang pelajar lain yang duduk bersebelahan dengannya.

Setelah majlis berakhir, Ibn al-Mubarak bangkit untuk meneruskan perjalanannya ke Mesir. Kerana agak tergesa-gesa, beliau terlupa mengembalikan pen yang dipinjam itu kepada pemiliknya. Beliau hanya teringat setelah tiba di Mesir.

Menyedari beliau telah mengambil hak seseorang tanpa izin, Ibn al-Mubarak segera kembali ke Syam. Padahal perjalanan dari Syam ke Mesir sangat jauh dan perlu melintasi lautan. Setibanya di Syam. beliau segera mencari pemilik pen tersebut dan mengembalikannya.

Demikianlah sifat warak Ibn al-Mubarak. Beliau sedar bahawa barang pinjaman yang bukan miliknya boleh menghalanginya daripada memasuki syurga. Justeru, beliau bersegera mengembalikannya walaupun perlu merentas perjalanan yang begitu jauh.

p/s: pen merah pen biru jangan marah.. I luv u.. C ",)

Friday, July 20, 2012

Niat & Doa seiring dan sejalan ^__^

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti,akhirnya bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak muncul menemui kita lagi di tahun ini.Semoga keberkatan bulan ini menjadi pembakar semangat kepada kita semua untuk mengumpul seberapa banyak amalan yang termampu untuk bekalan kita di hari akhirat kelak.
Menceritakan tentang bulan Ramadhan yang hanya muncul setahun sekali ,pasti ada diantara kita yang lupa dengan niat berpuasa dan berbuka puasa?

~ dOa NiAt PuAsA ~



~ DoA bErBuKa PuAsA ~


p/s: untuk peringatan bersama...yesss sok puasa,jom berebut-rebut buat pahala selagi peluang masih ada. ^_^v


Kedatangan bulan Ramadhan...



p/s: Semoga dipermudahakan segala urusan dan dapat menyempurnakan tuntutan ilahi....insyallah

........



Tiada manusia sempurna dalam dunia ini. Begitu juga dengan diri kita, mahupun sahabat karib kita. Ini adalah kenyataan hidup yang tidak dapat dinafikan. Lantaran itu jangan terkejut apabila suatu ketika sahabat karib kita melakukan sesuatu kesalahan atau melontarkan kata - kata yang membuat kita berkecil hati dan bersedih. 

Memaafkan sahabat yang telah melukakan hati kita suatu perbuatan yang cukup baik. Namun sering kali kata maaf hanya di bibir sedangkan kita terus menyimpan di dalam hati rasa yang terbuku. Untuk renungan bersama.....^_^


p/s: Renung - renungkan lah selamat beramal....

Serai oh serai


Serai terkenal sebagai salah satu ramuan masakan di negara-negara Asia. Serai atau juga dipanggil serai makan dengan nama saintifiknya cymbopogon citrarus dari keluarga Gramineae juga mempunyai khasiat tersendiri. Ðalam bahasa Inggeris pula, ia dipanggil lemon grass, Cina (heong mau), Filipina (tanglad), Laos dan Thailand (thakai), Vietnam (xa) dan German (zitronengras).

Ði Malaysia, serai bagaikan kemestian untuk menjadi sebahagian ramuan utama dalam kebanyakan masakan terutama sajian lauk berkuah. Serai adalah daripada jenis rempah bumbu berbentuk batang yang memberi rasa harum dan segar pada masakan. Yang menimbulkan aroma harum sebenarnya ialah bahagian batangnya yang berwarna putih, selalunya sepanjang 10sm atau lebih digunakan. Selepas dibersih, batang serai ditiriskan dan kemudian ditumbuk atau diketuk sebelum dimasukkan ke dalam masakan.


Banyak bahan dalam serai yang membuatkan herba ini bukan sahaja sesuai digunakan sebagai ramuan makanan, malah berguna untuk tujuan perubatan tradisional. Ekstrak minyak daripada serai mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri. Menurut kajian, pokok serai mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

TIPS : Melebatkan rambutRambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman wanita. Anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk membuat rawatan rambut di pusat-pusat kecantikan. Ada petua tradisional yang mudah dan murah untuk anda cuba. Ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Saya sarankan anda gunakan anak lesung batu untuk menghancurkan batang serai. Rebus batang serai yang dihancurkan dengan air hingga mendidih. Apabila air rebusan telah sejuk atau suam-suam kuku, bolehlah disapu ke seluruh rambut. Sapu hingga rata, pastikan air rebusan serai meresap ke kulit kepala. Perap rambut selama lebih kurang dua jam, kemudian bolehlah dibilas dengan air biasa. Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

TIPS : Kurangkan NyamukSedikit masa dahulu, bro Manntrex dari SIM berkongsi tips untuk mengurangkan nyamuk yang menggunakan serai sebagai bahan utama. Terima kasih kepada bro Manntrex kerana sudi berkongsi ilmu.


Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat serai, tidak kiralah sama ada digunakan secara mentah mahupun direbus dan diekstrak minyaknya. Namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

p/s: ari ni mak yam bagi 3batang serai...dia suh aku masak.hehehe insyallah mak yam nt ade mood aku masak..hihihihihi


Monday, July 16, 2012

M.A.L.A.S


Sekarang aku berada di zoom M.A.L.A.S......


p/s: Malas...malas...malas..

Wednesday, June 27, 2012

Duduk terlalu lama punca sakit belakang

Sakit belakang terutama pada bahagian bawah badan biasanya dihadapi oleh golongan berusia 45 tahun dan ke atas tapi tidak dinafikan keadaan ini jugak berlaku pada golongan muda sekarang. Hal ini disebabkan oleh tulang spina yang semakin menebal dan juga ligamen. Selain itu tanda sakit belakang juga ialah apabila berasa kebas pada kaki.

Sakit belakang boleh disebabkan oleh kegiatan harian seperti duduk terlalu lama terutama bagi mereka yang bekerja menghadap komputer. Kita dinasihatkan berdiri beberapa minit selepas duduk selama sejam. Lakukan juga senaman regangan ringkas untuk mengelak masalah sakit belakang. Kita digalakkan tidur diatas tilam mampat supaya tubuh dapat disokong dengan baik.

Penyebab masalah sakit belakang:
  • Mengangkat barang berat tidak sesuai dengan berat badan
  • Duduk atau berdiri terlalu lama pada satu tempat
  • Tidur di atas tempat keras atau alas yang terlalu nipis
  • Tidak suka bersenam
  • Tidak membuat senaman regangan sebelum melakukan aktiviti senaman
Tapi kekadang tu, bukan kita sedar pun macam mana cara kita duduk kan?Janji selesa......! Erm...cara senang nak bagi selesa just letak bantal yang comel untuk back up belakang pinggang kitakan?
 
 
Ketika duduk, kepala dan punggung mestilah berada dalam garisan yang lurus. Ini adalah supaya berat badan anda disokong sepenuhnya oleh punggung. Ini dapat menghindari dari menghadapi sakit belakang.
 



Apa efek kalau kita duduk lama-lama ni sampai boleh jadi bahaya sangat?
  • Otot kaki tidak lagi berfungsi ketika kita duduk. Kalau tengok orang yang gunakan kerusi roda, otot mereka semua kecut/kaki jadi kecil sebab otot tak digunakan untuk berjalan (akibat kecacatan/kurang upaya mereka). Sama konsep, semakin kurang kita gunakan otot kaki (semakin banyak duduk) semakin lemah kaki kita.
  • Bila duduk lama-lama, pembakaran kalori jatuh sehingga 1 kalori seminit. Macam mana nak buang ‘spare tire’ kalau macam tu? Banyak kalori tersimpan = banyak lemak terkumpul.
  • Enzim untuk membantu pembakaran lemak jatuh sehingga 90%. Bila kekurangan enzim ni, pembakaran lemak tidak berlaku pada kadar yang efisyen.
  • Keberkesanan hormon insulin jatuh sebanyak 24% selepas kita duduk 2 jam dan ini akan meningkatkan risiko kencing manis (diabetes)
 p/s: Sakit belakang boleh menyebabkan badab menjadi letih...Orang kata kerja opis ni senang jer tp nape balik selalu letih jer..pikir - pikirkan lah (mesti duduk tak bangun bangun) ^_^

Sunday, June 24, 2012

Tip Stress @_@!!!


Tip Mengatasi Tekanan Perasaan
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman
:)))
p/s: Tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Ala kadar jer

Hari ni pukul 10 pagi aku dah siap masak...bukan ape semalam satu ari tak makan nasi. hehe pagi semalam aku makan bihun goreng jer pastu petang balik umah aku makan puding roti yang buat petang semalam. So..pagi - pagi lagi perut dah rasa lapor la pulak. Kedai makan kat area umah aku memang banyak tapi aku tak berape gemor sangat makan kedai. Tu pon lau aku teringin sangat nak makan baru aku makan kat kedai, tak pon ade makan - makan ngan member ke baru aku lepak -lepak kat kedai. Lau tak jangan harap ler, aku rela makan kat umah jer walaupon makan nasi ngan telur goreng mata kerbau...Menu aku tuk ari ne asam pedas  ngan telur dadar jer, dah kira cukup bagi aku.

 ngan periuk -periuk aku tayang..^_^


Asam pedas ( ikan yang mak yam bagi kat aku) :)

telur dadar aku tak jadi bulat, sebab lum apa - apa aku dah cubit cikit..hihihi

Ikan dalam asam pedas tu aku campur ikan parang dan ikan bembung sebab adik aku tak makan ikan parang. Lau di ikutkan aku pon tak makan tapi mak yam suh try aku pon try la. Tak nak hampakan hati orang tua..Tapi nasib baik tekak aku boleh terima rasa ikan parang ni, bagi aku ok la rasa dia.. isi ikan puteh tapi tulang dia memang banyak ar..dah la tulang ikan parang bercabang cabang yang dalam isi ikan.

p/s: ingat dahan pokok jer bercabang, tulang ikan pon bercabang gak.. @_@"

Saturday, June 23, 2012

Puding Roti Bakar

Hari ni teringin sangat nak makan puding roti. Bahan - bahan pun senang jer, ambik ape yang ada dalam peti ais tapi antara jadi ngan tak tu jer lah...takde sape yang nak tolong buatkan. Jadi aku mulakan operasi menyepahkan dapur.hahahahaha ketawa jahat :P.... Kiranya ni kali yang kedua la cobaan aku untuk membuat puding roti. First buat puding roti tak jadi..lembik tp masih boleh makan. Tak kan nak buang dop..nanti membazir tak pasal - pasal dah jadi kawan syaitan. Rasanyer bulan puasa tahun lepas dan tuk kali ni aku nak try buat sekali lagi disebabkan permintaan anak tekak aku.hehe...petang tadi aku mulakan operasi.


Mulakan operasi:


Bahan:
5 keping roti
2 cawan susu segar 
1 cawan susu pekat* / gula pasir (manis kontrol sendiri)
3 biji telur*
1 sudu teh esen vanila*
1 kotak kecil kismis (nak letak banyak pun takpe..ikut citarasa masing - masing)

~ Campur semua bahan -bahan  yang * kacau sebati. Aku blend jer lagi senang.

  • Sapu tepi-tepi loyang dengan majerin
  • Potong dan susun roti mengikut citarasa masing - masing. Aku separuh aku potong separuh lagi aku koyak -koyak cam nak lepas geram gitu.
  • Tabur kismis diatas susunan roti.
      • Tuangkan campuran susu, telur dan esen vanila tadi ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.
      • Biarkan selama 20 -30 min tuk campuran tadi meresap ke dalam roti. 
      • Bakar pada suhu 170'c, selama 30 min.


      • Setelah siap, sejukkan dan sedia tuk dimakan, tak kan nak pandang jer dop dari tadi  lagi terbayang - bayang kesedapanya.


      Bila dah sejuk, potong - potong masuk dalam peti ais. Lagi sedap lau makan ngan sos kastad. Tapi malas nak buat, aku makan ngan susu creamer jer.hehehe ^_^'V
      Cobaan kali ni lebih baik dari sebelumnyer, tapi kena try lagi...n lagi..n lagi..sehingga jadi.
      Aku potong main ikut suka jer..ape aku kesah nak masuk mulot aku jugakkan kan..


      P/s: Sebenarnye aku takde la ikut sebiji cam resepi kat atas. Aku main ikut suke kepala aku jer.hahaha...tu yang aku buat sampai 2 loyang. Buat banyak - banyak tuk menyihatkan badan masa hujung minggu bersama kit kat.

      Si bAwAnG PuTeH...


      puteh..o..puteh =_='
      
      Tiba - tiba jer bawang dalam laci..2 labu pulak tu. hehe..sebenarnya Mak yam yang bagi pagi tadi. Dia cakap bawang putih kat umah dia banyak sangat, lau simpan lama - lama nanti layu dah tak sedap..katanya lah. Rezeki lagi..alhamdulillah.

      Allium sativum atau lebih dikenali sebagai bawang putih digunakan secara meluas di seluruh dunia.

      Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
      Bawang putih ini juga  kita jumpai dalam bentuk irisan tipis-tipis yang sudah di goreng, di gunakan untuk campuran dalam makanan,seperti ,soto,bakso, kacang goreng, nasi kuning dan masih banyak lagi. Kalau di Kelantan bawang putih jeruk memang terkenal dengan kesedapannya. Biasa dimakan bersama nasi kerabu memang terangkat ler.hahaha....
      Bawang putih mempunyai khasiat yang banyak dan luar biasa. Bawang putih telah beberapa abad di pakai orang sebagai obat demam, batuk, bronkitis, dan kerongkongan.

      Ada dua kehebatan bawang putih yang sangat menonjol :

      Pertama, bawang putih mampu membuka saluran darah yang tersumbat. Berarti bawang putih sanggup menurunkan tekanan darah tinggi yang di sebab kan penyumbatan saluran darah.Begitu juga dengan penyakit lain dengan penyebab yang sama pada tingkat tertentu.

      Kedua, bawang putih mengandung antibiotik yang kuat. Antibiotik adalah suatu zat yang dapat membunuh kuman dan bakteri. Setidak-tidaknya membuat kuman dan bakteri menjadi sangat lemah sehingga tidak berbahaya lagi bagi tubuh. Oleh karena itu, bawang putih baik sekali untuk mencegah dan menyembuhkan berbagai macam infeksi, baik bagian luar maupun dalam tubuh manusia.
      Di Antara khasiat dan manafaat bawang putih ialah

      • dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah .
      • menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya  mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.
      • Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanker.
      • Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi.
      • Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
      • Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
      • Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi.
      • Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin A.
      • Bawang putih mengandung vitamin B
             
      KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN BAWANG PUTIH;

      Akibat pengambilan bawang putih terlalu banyak membuat nafas kita berbau,
      Dalam pengambilan bawang putih sebaiknya tidak dimakan mentah, 
      kerana dapat mengganggu lambung.
      Tetapi bawang putih tidak boleh digunakan dalam bentuk apapun sewaktu 
      terdapat serangan penyakit di bagian perut dan usus besar:
      Disarankan agar bawang putih terlebih dahulu direbus, digoreng, 
      atau dipanggang  sebelum dimakan.
      Untuk menghilangkan bau mulut dari memakan bawang putih 
      terlalu banyak, di cadangkan melakukan Cara –Cara berikut ini:
      1. Meminum air teh pekat atau kopi setelah memakan bawang putih
      2. Mengunyah kulit limau
      3. Mengimbangi dengan makanan dari protein, hati, dan telor
      4. Menggunakan bawang putih dengan cara direbus terlebih dahulu atau dijadikan acar
      Adalah penting untuk menekankan bahawa terlalu banyak perkara
       yang baik boleh membawa kepada perkara-perkara yang kurang baik. Sama juga dengan bawang putih sebanyak mana faedah Bawang putih kepada orang ramai

      p/s:  Aku selalu guna bawang puteh masa nak masak megi jer..hehehehe

      Thursday, June 21, 2012

      ^_^ + =_= ----> Nasi goreng

      Hari ni tak tahu nak berbuka ngan apa...tapi pagi tadi mak yam ada bagi 2 keping ikan parang. Dia cakap masak asam pedas sedap, ikan pon segar lagi. Tapi aku tak pernah makan pon ikan parang, baru ari ni aku tahu yang ikan parang banyak tulang..huhuhuhu nasib ler. Jadi orang dah bagi aku ambik la, rezeki tak baik tolak..orang memberi ,kita merasa, orang berbudi...kita berbahasa. hehehehe. Mak yam kalau pergi pasar memang dia selalu gak bagi kat aku tuk masak. Aku pon bukan pandai sangat masak tapi lau tuk diri sendiri tu boleh la, dari mati kebulur.hahahaha..... So, pagi tadi pergi pasar beli bahan nak masak asam pedas..tup...tup...balik umah rasa tak larat sangat, badan lemah -lemah jer nak kata rasa cam nak demam tak jugak..entah la labu...Ikan parang tu aku masak esok jer la erk..jangan marah yea..mak yam, aku penat ari ni..Disebabkan tak larat aku masak nasi goreng jer tuk berbuka ngan tom yam yang semalam punyer. Aku tak suka bazir - bazir makanan lau boleh makan lagi..takdelah cerewet sangat kan..Blogger: ---- cIk MoKd@ ---- - Create post
      Nasi goreng aku main campak - campak jer janji ade rupa nasi goreng jangan jadi harimau dah ler nanti bukan aku makan nasi goreng...harimau yang makan aku dulu..hehehehe. So...ni la rezeki berbuka aku tuk ari ini. 

      =_=" nasi goreng





      Kentang wedges  T_T




      Gara gara nak makan tom yam cam kedai Johan jadi aku buat la..dan hasilnyer boleh la :P
        nampak cam kari tapi rasa cam tom yam..hahahaha sebab aku tarok susu cair, tom yam thai memang cam 2.

       done ^_^"V

      p/s: kekenyangan....syukur alhamdulillah.


      Bulan Syaaban datang lagi..


      Rejab sudah berlalu. Kini kedatangan bulan  Syaaban . Lambaian Ramadan akan menyunsur lagi. Syukur alhamdulillah kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban dan bulan - bulan seterusnya.

      Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

      اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
      "Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

      Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

      Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
      Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
      Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
      Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
      Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

      Fadhilat Syaaban

      Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
      Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

      Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku keatas kamu.

      Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.


      Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
      Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
      Berkata Siti Aisyah r.a. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
      Sabda Nabi s.a.w. : Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
      Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan.Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
      Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
      Pengertian Sya’aban : Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
      Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhlukNya.
      Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya :
      Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tidak menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
      p/s: Sama - samalah kita memanfaatkan peluang ini selagi diberi peluang dan ketika peluang itu masih ada..